Skip to main content

Gears of War adalah permainan tembak menembak pandangan ketiga. Latar masa dan tempat adalah dalam dunia mereka tersendiri. Permainan terbaru Gears of War adalah Gears 5 yang memfokuskan watak Diaz. Gears 5 akan hadir buat PC dan Xbox One bermula Januari tahun hadapan.

Terbaru, penulis dari filem xXx: Return of Xander CageF. Scott Frazier dilihat akan menulis filem Gears of War. Tiada maklumat lanjut mengenai filem Gears of War, tetapi apa yang pasti ia adalah satu filem adaptasi dan harapnya filem ini akan menjadi satu filem yang baik. Ini kerana, penulis yang bakal menulis filem ini – sebelum ini terlibat dengan filem Collide yang mendapat sambutan yang tidak baik dan ulasan filem ini juga tidak memberangsangkan.

Begitu juga dengan filem xXx: Return of Xander Cage, kesemua filem yang F. Scott Frazier tulis baru-baru ini hanya menerima skor yang rendah dalam IMDB iaitu bawah 6. Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai filem ini, ikuti Aksiz dan sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply