Selepas pertama kali diumumkan pada Ogos tahun lepas, permainan kad berdasarkan Dota 2 oleh Valve iaitu Artifact kini tiba ke pasaran melalui Steam. Bersamanya Valve berkongsi trailer pelancaran.

Selain itu, seperti diumumkan sebelum ini, mereka juga berkongsi komik kedua buat permainan tersebut iaitu Call to Arms selepas komik Prelude yang dikeluarkan sebelum ini.

Dengan pelancaran Valve juga mengumumkan martketplace untuk permainan tersebut kini dibuka dan pemain boleh berjual beli kad yang mereka miliki.

Artifact boleh dibeli di Steam dengan harga RM85 yang akan menyertakan dua dek permulaan serta 10 pek yang mengandungi kad secara rawak.

Steam: Artifact

Sohor Kini