Informasi Permainan Video Terkini
Devil May Cry 5 Edisi Collector Diperlihatkan – Menyertakan Replika Van ‘Devil May Cry’ Nico
PC

Devil May Cry 5 Edisi Collector Diperlihatkan – Menyertakan Replika Van ‘Devil May Cry’ Nico

Diterbitkan pada November 29, 2018 oleh .

Tampaknya edisi terhad Devil May Cry 5 yang menyertakan jaket watak-watak permainan yang diumumkan sebelum ini bukanlah satu-satunya edisi terhad yang bakal dilancarkan oleh Capcom pada Mac kelak.

Terkini, melalui laman Amazon, Capcom menyenaraikan permainan Devil May Cry 5 Edisi Collector yang mana ianya menyertakan sebilangan barangan kandungan khas buat permainan tersebut.

Berdasarkan laman rasmi Amazon, edisi tersebut akan dijual dengan harga $149.99(~RM629) yang mana ianya akan menyertakan:

  • Permainan penuh Devil May Cry 5 edisi Deluxe
  • Kotak premium khas
  • Replika Van ‘Devil May Cry’ Nico
  • Buku karya seni dan nota Nico’s Workbench
  • Pin premium
  • Pelekat bampar “I Love Osaka”
  • Kain dengan rekaan cetakkan khas Devil May Cry 5

Sememangnya untuk edisi Collector ini adalah edisi khas buat mereka yang meminati siri Devil May Cry dan pengumpul. Buat masa ini, Capcom masih belum mengumumkan edisi ini secara rasmi dan kami di Aksiz berharap replika van tersebut akan mempunyai fungsi lampu neon seperti di dalam permainan Devil May Cry 5.

Devil May Cry 5 merupakan permainan Devil May Cry seterusnya oleh Capcom. Permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 8 Mac 2019 ini.


TIPS & ULASAN