Guacamelee! 2 Diumumkan Bakal Tiba Di Switch Dan Xbox One

Drinkbox Studio hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Guacamelee! 2 di konsol Switch dan Xbox One. Permainan tersebut sebelum ini dilancarkan di Playstation 4 dan PC.

Menurut Drinkbox Studio, versi Switch buat Guacamelee! 2 akan dilancarkan pada 10 Disember ini melalui Nintendo eShop. Manakala bagi versi Xbox One ianya bakal tiba pada Januari 2019 kelak.

Guacamelee! 2 adalah permainan aksi platformer yang mana ia merupakan sekuel buat permainan Guacamelee! yang dilancarkan pada 2013 lepas di PC, Playstation 3 dan Playstation Vita.

Bagi anda yang berminat untuk mengembara bersama Juan Aguacate, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan Guacamelee! 2 menjelang Disember ini di Switch, dan Januari kelak di Xbox One.

Sohor Kini