Antara muka yang digunakan oleh Steam sudah lama digunakan dengan sekadar perubahan kecil dari semasa ke semasa. Pada tahun lepas diumumkan Valve sedang membangunkan antaramuka baharu buat kedai dalam talian serta klien untuk permainan PC tersebut.
Namun, selepas pengumuman tersebut tidak banyak yang dikongsikan oleh Valve mengenainya. Pencipta SteamDB Pavel Djundik berkongsi paparan skrin untuk antaramuka baharu buat Steam. Menurut beliau, paparan skrin tersebut di ambil daripada Valve sendiri.
Here's the slide where it came from pic.twitter.com/6Ewdku5gvF
— Pavel Djundik (@thexpaw) November 25, 2018
Dari segi rekaan antaramuka kami tiada masalah jika mereka masih mengekalkan yang sekarang akan tetapi kami berharap sistem achievement harus dibuat dengan lebih baik agar ia lebih memberi sebab untuk pemain mendapatkannya.