Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Umum Kemaskini Khas Buat Dragon Ball FighterZ Bagi Bulan November
PC

Bandai Namco Umum Kemaskini Khas Buat Dragon Ball FighterZ Bagi Bulan November

Diterbitkan pada November 29, 2018 oleh .

Dragon Ball FighterZ sememangnya salah satu permainan perlawanan terbaik yang dilancarkan tahun ini. Ianya bukan sahaja mempunyai bentuk permainan pantas dan mencabar, malah Bandai Namco juga sering mengemaskini dengan pelbagai watak baharu dan sebagainya.

Terkini, Bandai Namco berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan kemaskini terbaru bagi buat permainan tersebut bagi bulan November ini.

Kemaskini pertama adalah mod pertandingan baru, yang dipanggil FighterZ Tournament dimana pemain berupaya untuk menetapkan pelbagai jenis peraturan seperti contoh yang ditayangkan di video di atas adalah pertandingan buat pemain yang hanya boleh menggunakan watak Yamcha.

Melalui mod tersebut, pemain yang berjaya memenanginya juga akan mendapat ganjaran khas seperti trofi Z Trophies. Bersempena dengannya, Bandai Namco juga menyediakan satu fungsi khas yang mana pemain juga boleh memaparkan trofi-trofi tersebut di dalam bilik khas.

Kemaskini seterusnya pula bakal tiba pada 5 Disember, iaitu ianya adalah set avatar baru yang bertemakan musim perayaan Krismas. Melaluinya, pemain berupaya untuk menetapkan pelbagai avatar watak-watak dari siri Dragon Ball dengan pakaian Santa Claus dan sebagainya.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z. Ia telahpun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan juga ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh melayari ulasan kami dibawah.

Ulasan Dragon Ball FighterZ – Permainan Dragon Ball Terbaik


TIPS & ULASAN