Sebelum ini, kami melaporkan bahawa Nintendo mungkin akan membawa kembali permainan The Legend Of Zelda: Skyward Sword ke konsol Switch yang mana ianya diperacahkan oleh Eiji Aonuma iaitu pengarah buat siri permainan The Legend Of Zelda.
Namun, terkini tampaknya melalui laporan Nintendo Life, Nintendo menyatakan bahawa buat masa ini mereka tidak ada sebarang rancangan untuk membawa The Legend Of Zelda: Skyward Sword ke konsol Switch. Kenyataan tersebut dilaporkan oleh Eurogamer dimana mereka berkesempatan untuk menanyakan soalan tersebut terhadap mereka.
Sememangnya ini merupakan berita yang agak mengecewakan buat peminat siri The Legend Of Zelda di luar sana. Akan tetapi, berdasarkan kenyataan tersebut Nintendo hanya menyatakan bahawa mereka hanyalah tiada rancangan untuk melancarkannya buat masa ini. Mungkin juga, pada masa akan datang, Skyward Sword mungkin bakal kembali ke konsol Switch dengan paparan yang lebih beresolusi tinggi.
Walaubagaimana pun, bagi anda yang sudah habis bermain Breath Of The Wild dan ingin mengembara bersama-sama Link lagi di dalam dunia The Legend Of Zelda, buat masa ini anda mungkin perlu bermain permainan The Legend Of Zelda di 3DS ataupun bermain semula Breath Of The Wild.