Informasi Permainan Video Terkini
Obsidian Bakal Mengumumkan Permainan Baharu Di The Game Awards 2018

Obsidian Bakal Mengumumkan Permainan Baharu Di The Game Awards 2018

Diterbitkan pada November 29, 2018 oleh .

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, di acara The Game Awards 2018 nanti, akan terdapat 10 pengumuman untuk permainan baharu. Tampaknya, antara yang bakal mengumumkan permainan baharu adalah Obsidian.

Obsidian Entertainment merupakan pembangun yang popular dengan permainan seperti Fallout, Pillars Of Eternity dan Star Wars. Mereka baru-baru ini diambil alih oleh Microsoft. Jika anda melayari laman mereka, pop up akan dikeluarkan yang memperlihatkan pengiklanan Spacer’s Choice dan menyertakan kira detik ke tarikh The Game Awards.

Buat masa ini tiada pengesahan mengenai permainan yang akan diumumkan. Sama-sama kita nantikan semasa The Game Awards 2018 nanti. Kami akan mengadakan strim langsung semasa acara ini, nantikan pengumuman lanjut nanti.


TIPS & ULASAN