Lanjutan berkenaan Sony memfailkan paten katrij permainan elektronik yang dilaporkan oleh kami semalam, tampaknya ianya bukanlah paten untuk sebarang konsol seterusnya oleh mereka tetapi hanyalah satu katrij permainan untuk kanak-kanak sahaja.
https://www.youtube.com/watch?v=m6j2cLEwRsY
Permainan tersebut dikenali sebagai Sony Toio dimana ianya adalah set alat mainan robotik yang boleh diubah-suai oleh pengguna. Melalui Toio, pengguna berupaya untuk mengubah-suai tingkah laku robot kiub tersebut dengan menggunakan katrij di dok khas yang disediakan.
Seperti yang diperlihatkan melalui video di atas, kotak kiub tersebut juga boleh diubah-suai mengikut pengguna dan pengguna berupaya untuk mengawalnya dengan menggunakan alat kawalan khas untuk bertempur mahupun melakukan pelbagai gerakkan lain.
Kami di Aksiz memohon maaf atas kekeliruan ini dan artikel asal bagi laporan tersebut telahpun dikemaskini.