Football Manager 2019 bersama dengan versi Touch untuk PC sudah dikeluarkan pada 2 November 2018 lepas. Seperti Football Manager 2018 Touch, versi 2019 juga kini dikeluarkan untuk Switch.
Namun, buat masa ini permainan tersebut hanya boleh diperoleh di eShop benua Eropah, manakala Amerika Syarikat akan tiba pada 6 Disember ini.
Managers in North America can get their hands on #FM19Touch on the Switch from December 6th đšī¸
— Football Manager (@FootballManager) November 27, 2018
FM19 Touch merupakan permainan Football Manager 2019 dengan versi yang lebih ringkas akan tetapi masih mengekalkan bentuk permainan yang sama dengan permainan asal.
Bagi anda yang berminat untuk membelinya sekarang, anda perlu menggunakan akaun Eropah, ataupun tunggu lebih lama sikit pada 6 Disember ini.