Informasi Permainan Video Terkini
Fungsi Memberi Hadiah Di Dalam Fortnite Kini Dibuka Buat Sementara Waktu

Fungsi Memberi Hadiah Di Dalam Fortnite Kini Dibuka Buat Sementara Waktu

Diterbitkan pada November 28, 2018 oleh .

Bulan lepas kami melaporkan yang ada ura-ura mengatakan Fortnite bakal membolehkan pemain untuk membeli emote dan kostum sebagai hadiah. Hari ini, fungsi tersebut boleh mula digunakan di semua versi Fortnite kecuali iOS.

Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk seminggu sahaja, namun kami menjangkakan ia akan tiba secara sepenuhnya tidak lama lagi. Untuk menggunakan fungsi ini, anda hanya boleh memberi hadiah untuk barangan yang terdapat di dalam Store sahaja.

Selain itu anda hanya boleh memberi hadiah kepada rakan yang telah menjadi rakan lebih pada 48 jam dan terhad kepada 3 hadiah dalam masa 24 jam. Anda juga perlu membuka pengesahan dwi-faktor di akaun anda sebelum dapat menggunakan fungsi ini.

Bagi anda yang terlebih popular, di bahagian tetapan anda boleh menutup fungsi menerima hadiah agar anda tidak dihujani dengan hadiah yang melimpah.

Ini merupakan satu fungsi yang sudah semestinya akan digunakan dengan kerap terutama apabila anda mempunyai rakan yang kaya dengan V-Bucks.


TIPS & ULASAN