Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Untuk iOS Kini Menyokong Kadar Segar Semula 60FPS
Artikel Berkaitan

Fortnite Untuk iOS Kini Menyokong Kadar Segar Semula 60FPS

Diterbitkan pada November 28, 2018 oleh .

Fortnite adalah permainan pertempuran royal yang popular. Popularitinya sangat hebat sehinggakan versi permua turut dibangunkan. iOS adalah platform permua pertama yang dibangunkan dan terbaru, Fortnite untuk iOS menyokong permainan kadar segar semula sehingga 60FPS.

Akan tetapi, sokongan ini hanya boleh ditetapkan pada Fortnite yang dipasang dalam iPhone-iPhone model terbaru sahaja – iaitu iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max. Mengejutkan, kebolehan iPhone ini dikatakan adalah lebih hebat dari Nintendo Switch yang hanya menyokong pada kadar segar semula 30FPS.

Untuk pengalaman bermain Fortnite kadar segar semula sehingga 60FPS, selain iPhone ia turut terdapat dalam konsol PlayStation 4 dan Xbox One X. Sokongan untuk Android pula dikatakan akan hadir dalam masa akan datang.


TIPS & ULASAN