Skip to main content

Kemaskini

Tampaknya paten tersebut hanyalah sebuah mainan kanak-kanak yang dikenali sebagai Sony Toio. Ianya merupakan mini permainan roboto yang berupaya untuk diubah-suai oleh kanak-kanak dna mempunyai satu dok khas bersama alat kawalan berasingan. Kami di Aksiz memohon maaf atas kekeliruan ini. Untuk laporan penuh sila ke pautan ini.

Artikel Asal

Tampaknya pernyataan John Tsuyoshi Kodera berkenaan konsol mudah-alih untuk Playstation mungkin adalah bakal menjadi kenyataan, dimana minggu ini, Sony dilaporkan memfailkan paten satu bentuk katrij permainan baharu.

Menurut laporan Engadget, tampaknya paten tersebut difailkan di Korea Selatan yang mana ianya dinamakan ‘Katrij Permainan Elektronik’ yang mempunyai satu rekaan untuk hubungan dibawah peranti untuk komunikasi bersama konsol.

Walaupun begitu, ini juga tidak bermakna bahawa konsol seterusnya oleh Playstation akan dibentuk secara mudah-alih dimana sebelum ini, Sony juga memfailkan paten alat kawalan Dualshock yang mempunyai skrin sesentuh. Mungkin juga Playstation seterusnya akan menggunakan katrij sebagai bentuk permainan fizikal seperti Nintendo Switch.

Walaubagaimana pun, dengan jangka hayat Playstation 4 yang semakin berakhir, bersama-sama dengan pengumuman E3 2019 tidak akan dihadiri oleh Sony, kami di Aksiz percaya Sony Interactive Entertainment sedang bersedia untuk mengumumkan sesuatu menjelang 2020 kelak.

Leave a Reply