Permainan Percuma Xbox Live Gold Bagi Bulan Disember 2018 Diumumkan

Bagi anda yang mempunyai konsol Xbox One dan melanggani Xbox Live Gold, Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma, Games With Gold bagi bulan Disember 2018 yang mana mereka menyertakan empat permainan yang boleh dimuat-turun.

Berikut adalah senarai permainan yang bakal tiba secara percuma buat pelanggan Xbox Live Gold dimana dua daripadanya adalah permainan Xbox One dan dua lagi adalah permainan Backward Compatible dari Xbox 360 dan Xbox:

  • Q.U.B.E. 2 – Boleh ditebus mulai 1 hingga 31 Disember
  • Never Alone – Boleh ditebus mulai 16 Disember hingga 15 Januari
  • Dragon Age II – Boleh ditebus mulai 1 hingga 15 Disember
  • Mercenaries: Playground Of Destruction – Boleh ditebus mulai 16 hingga 31 Disember

Xbox Live Gold merupakan langganan khas buat pengguna konsol Xbox yang mana ianya bermula dengan harga $9.99(RM42) untuk sebulan dan $59.99(~RM252) untuk 12 bulan. Seperti Playstation Plus, langgan ini bukan sahaja akan menyertakan fungsi untuk bermain permainan secara atas-talian, malah Microsoft juga menyertakan permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun permainan-permainan tersebut menjelang Disember ini.

Sohor Kini