Skip to main content

Medabots atau lebih dikenali sebagai Medarot di Jepun, minggu ini diumumkan bahawa Imagineer iaitu pengeluar permainan buat siri tersebut, mengumumkan bahawa mereka kini sedang membangunkan permainan mudah-alih (Permua) Medabots.

Menurut laporan Dualshockers, permua tersebut dibangunkan oleh SoWhat, iaitu sebahagian daripada Imagineer menyatakan bahawa permainan tersebut tampaknya akan mempunyai sistem gacha seperti permua-permua lain yang berada di pasaran.

Bersempena dengan pengumuman ini juga, Imagineer juga melancarkan saluran rasmi Youtube buat permua tersebut dimana anda boleh melayarinya disini.

Sememangnya Medabots adalah satu siri yang pasti diingati ramai terutamanya di Malaysia disebabkan siri animenya yang sangat terkenal beberapa tahun lepas. Namun, dari segi permainan video, kali terakhir permainan Medabots diumumkan adalah permainan Medabots Classic yang dilancarkan di 3DS tahun lepas. Namun, dukacitanya permainan tersebut tidak dilancarkan secara global dan hanya dijual di pasaran Jepun.

Namun, memandangkan permua terbaru yang kini berada di platform telefon pintar, ianya juga mungkin mendapat pelancaran untuk pasaran global. Apakah pendapat anda berminat untuk bermain permua Medabots? Tinggalkan komen anda di ruangan dibawah.

Leave a Reply