Federal Trade Commission Bakal Melakukan Siasatan Ke Atas Kotak Tikam

Federal Trade Commission (FTC) merupakan satu badan yang bertanggungjawab untuk memastikan urusan jual beli dan perniagaan adalah adil dan tidak menyeleweng di Amerika Syarikat.

Hari ini semasa perbincangan Congressional Oversight, Senator Maggie Hassan meminta FTC untuk melihat dengan lebih mendalam mengenai sistem kotak tikam yang terdapat di dalam permainan sekarang.

Menurut beliau, sistem kotak tikam yang akan menjana pendapat lumayan ini boleh memperkenalkan kanak-kanak kepada perjudian. Pengerusi FTC Joe Simmons di perbincangan yang sama mengesahkan pihak beliau akan melakukan siasatan ke atas sitem kotak tikam tersebut.

Bacaan Lanjut: Sistem Kotak Tikam – Baik Atau Buruk Untuk Industri Permainan Video?

Walaupun FTC hanya mempunyai kuasa di Amerika Syarikat sahaja akan tetapi keputusan yang bakal diumumkan sudah semestinya akan juga memberi kesan kepada keseluruhan industri permainan termasuk juga di luar Amerika Syarikat.

Namun, ia masih di peringkat awal dan penerbit permainan juga boleh menggunakan pelbagai cara yang lain untuk memastikan sistem kotak tikam boleh terus digunakan. Manakala, Entertainment Software Association yang mewakili syarikat penerbit dan pembangun permainan terus mengatakan yang sistem kotak tikam bukan satu perjudian kerana ia tidak melibatkan barangan yang mempunyai nilai di luar permainan.

Sohor Kini