Skip to main content

Sebelum ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan membawa watak Cell dan Picollo buat permainan perlawanan akan datang mereka, iaitu Jump Force.

Terkini, tampaknya dua watak kesukaan ramai dari siri manga dan anime, Rurouni Kenshin iaitu Kenshin Himura dan Shishio Makoto pula diumumkan sebagai salah satu watak yang boleh dimainkan buat permainan tersebut.

Sudah pastinya buat peminat siri anime tersebut akan menyukai watak Kenshin Himura dimana beliau sangat terkenal di dalam siri anime Samurai X yang disiarkan beberapa tahun lepas di kaca TV Malaysia.

Sudah pastinya gaya pedang katana, Hiten Mitsurugi Ryu oleh beliau juga tampaknya diperlihatkan melalui video di atas bersama-sama dengan pedang berapi Shishio. Sebagai seorang peminat siri tersebut, kami sendiri di Aksiz tidak sabar untuk bertempur menggunakan kedua-dua watak ini.

Jump Force akan dilancarkan pada 15 Februari 2019 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply