Square-Enix kini tampaknya tidak akan berhenti berkongsi trailer terbaru buat permainan Kingdom Hearts 3 memandangkan permainan tersebut kini sudahpun siap dibangun dan bakal tiba tidak lama lagi.
こんばんは。また来月と言いましたがいつだいつだと右往左往させてしまうのも申し訳ないので予知させて頂きます。次回のトレーラー公開は12月
10日>新規映像
18日>ファイナル
21日>30秒CM(映画館用)
まだ編集中なので予定です。なので公開時間までは未定です。では今度こそまた来月@野村 #_KH— キングダム ハーツ (@_KINGDOMHEARTS) November 27, 2018
Menurut akaun rasmi Kingdom Hearts 3, Tetsuya Nomura iaitu pengarah bagi permainan mengumumkan bahawa akan terdapat tigai lagi video acah khas yang bakal mereka kongsikan pada bulan Disember ini. Tiga video acah trailer tersebut akan dikongsikan pada:
- 10 Disember, video acah baharu
- 18 Disember, trailer terakhir
- 21 Disember, 30 saat video iklan untuk panggung wayang
Sebelum ini, Sony juga mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan ini ke pasaran Malaysia di Playstation 4 yang mana ianya akan dijual bermula RM229. Untuk informasi lanjut berkenaan harga bersama edisi Deluxe, anda boleh ke pautan ini.
Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Kami juga telah berkongsi pandang pertama kami buat permainan tersebut ketika acara Playstation Experience SEA 2018 lepas.