Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Kini Mempunyai Lebih 200 Juta Pemain
PC

Fortnite Kini Mempunyai Lebih 200 Juta Pemain

Diterbitkan pada November 27, 2018 oleh .

Fortnite merupakan salah satu permainan tembak-menembak yang menjadi popular sejak penghujung tahun lepas, sekaligus mencabar permainan lain seperti PUBG dan sebagainya. Terkini, ia dilaporkan yang mana Fortnite kini mempunyai lebih 200 juta pemain berdaftar.

Fortnite Battle Royale telah dilancarkan pada September lepas, dan ditawarkan untuk pelbagai platform – termasuk Android dan iOS secara percuma. Ia menawarkan bentuk permainan yang mana 100 orang pemain dijatuhkan di suatu lokasi, dan anda perlu membunuh yang lain untuk menjadi pemain terakhir kekal hidup.

Sebelum ini, pada bulan Jun lepas, pembangunnya mengumumkan yang mana mereka mempunyai sekitar 125 juta pemain – dan pengumuman terbaru ini memperlihatkan peningkatkan sebanyak 60% berbanding sebelumnya.

Bagi anda sendiri, adakah anda masih aktif memainkan Fortnite?


TIPS & ULASAN