Super Smash Bros. Ultimate merupakan permainan baharu buat siri Super Smash Bros. ia akan dikeluarkan untuk Switch pada 7 Disember ini. Nintendo melalui akaun Twitter Nintendo Versus hari ini mengumumkan Super Smash Bros. Ultimate iaitu permainan baharu untuk siri ini telah memecah beberapa rekod walaupun ia tidak dikeluarkan secara rasmi lagi.
Super #SmashBrosUltimate is punching its way into the record books! Thank you to all the amazing fans for your support in making this a fight for the ages! Be sure to have your #NintendoSwitch ready to experience the action when the game launches on 12/7.https://t.co/z26JLSHE3W pic.twitter.com/AqkeDlKYSb
— Nintendo Versus (@NintendoVS) November 23, 2018
Antara rekod yang berjaya dipecahkan oleh permainan tersebut adalah permainan untuk siri Super Smash Bros. paling banyak di pra-tempah dan ia juga permainan paling banyak di pra-tempah untuk permainan di Switch.
Super Smash Bros. Ultimate merupakan antara permainan yang paling dinantikan tahun ini, dan kami tidak terkejut dengan kejayaan memecah rekod tersebut.