Informasi Permainan Video Terkini
Valve Berkongsi Prelude – Siri Komik Untuk Permainan Kad Artifact
PC

Valve Berkongsi Prelude – Siri Komik Untuk Permainan Kad Artifact

Diterbitkan pada November 27, 2018 oleh .

Permainan kad oleh Valve berdasarkan Dota 2 iaitu Artifact bakal tiba tidak lama lagi. Sempena itu, Valve minggu ini berkongsi ‘Prelude’ iaitu siri komik berdasarkan permainan kad tersebut.

Di dalam komik pertama ini, ia memfokuskan mengenai House of Cunning yang menggunakan kad Artifact untuk mengubah sejarah dunia. Menurut Valve, komik ke-2 iaitu Call to Arms akan dikeluarkan pada hari pelancaran Artifact yang menurut mereka akan mengubah dunia Dota.

Anda boleh membaca komik tersebut menggunakan browser ataupun memuat turun sebagai CBZ. Artifact akan dikeluarkan pada 28 November 2018.

Valve: Prelude


TIPS & ULASAN