Informasi Permainan Video Terkini
PlayStation Awards 2018 Akan Disiar Secara Langsung Di Youtube Pada 3 Disember Ini

PlayStation Awards 2018 Akan Disiar Secara Langsung Di Youtube Pada 3 Disember Ini

Diterbitkan pada November 26, 2018 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman acara PlayStation Awards 2018 oleh Sony Interactive Entertainment sebelum ini, Sony hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menyiarkan acara tersebut secara langsung di Youtube.

Acara tersebut akan bermula pada jam 4 petang pada 3 Disember ini. Menurut Sony, siaran langsung akan bermula di Youtube pada jam 3:45 petang dimana anda boleh menontonnya melalui pautan Youtube di atas.

Sepanjang acara tersebut akan dikendalikan oleh Jon Kabira bersama Hatsune Matsushima dimana mereka akan mengumumkan dan mengiktirafkan pelbagai permainan di konsol Playstation di Jepun dan Asia.

PlayStation Awards merupakan acara anugerah tahunan yang diadakan oleh Sony sejak tahun 1994. PlayStation Awards 2018 merupakan acara ke-24 yang dianjurkan oleh Sony dimana acara tersebut akan memberi kehormatan dekat pembangun permainan sepanjang tahun.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton acara tersebut pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN