Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Memfailkan Tanda Dagang Parasite Eve Di Eropah

Square-Enix Memfailkan Tanda Dagang Parasite Eve Di Eropah

Diterbitkan pada November 26, 2018 oleh .

Minggu ini, Square-Enix telah memfailkan tanda dagang untuk Parasite Eve di Eropah. Tanda Dagang tersebut boleh dilihat melalui laman rasmi WIPO (World Intelectual Property Organisation).

Bagi anda yang baru mengetahui berkenaan permainan Parasite Eve, ianya merupakan permainan aksi pengembaraan oleh Square-Enix yang memfokuskan elemen seram. Permainan ini sering diperbandingkan dengan permainan Resident Evil, namun ianya agak berlainan kerana ia mempunyai beberapa elemen mistik dan magis.

Setakat ini, Square-Enix telah melancarkan 3 permainan buat siri Parasite Eve dimana Parasite Eve pertama dan kedua dilancarkan di Playstation 1. Manakala permainan ketiga buat siri tersebut, The 3rd Birthday dilancarkan di Playstation Portable pada 2010 lepas.

Sememangnya ini merupakan satu perkara yang menarik dan ianya juga berkemungkinan bahawa Square-Enix bakal membawa kembali siri tersebut. Meskipun begitu, Square-Enix tidak memberi sebarang kenyataan mahupun pengumuman berkenaannya dan seperti biasa, kami akan kongsi sebarang kemaskini terbaru oleh mereka setelah mereka umumkan kelak.


TIPS & ULASAN