SNK tampaknya akan terus menambah pelbagai watak baru buat permainan SNK Heroines: Tag Team Frenzy dimana hari ini, mereka mengumumkan watak Jeanne dari permainan World Heroes.
Jeanne merupakan salah seorang watak daripada permainan World Heroes, iaitu permainan perlawanan oleh SNK yang dilancarkan di Neo Geo pada tahun 1992 lepas.
Melalui SNK Heroines: Tag Team Frenzy, SNK akan membawa watak Jeanne tersebut sebagai watak DLC berbayar dimana ianya akan dilancarkan pada 13 Disember ini.
Seperti watak-watak lain, pemain juga berpeluang untuk mengubah kostum-kostum watak tersebut dan melakukan pelbagai serangan ikonik berdasarkan watak tersebut.
SNK Heroines Tag Team Frenzy merupakan permainan perlawanan secara berkumpulan berdasarkan watak-watak wanita daripada siri permainan SNK. Permainan ini telahpun dilancarkan pada 7 September lepas khas di konsol Playstation 4 dan Switch.