Skip to main content

Salah satu permainan The Legend Of Zelda di konsol Nintendo Wii beberapa tahun lepas, The Legend Of Zelda: Skyward Sword tampaknya mungkin akan tiba di konsol Switch.

Eiji Aonuma, iaitu penerbit buat The Legend of Zelda: Breath Of The Wild baru-baru ini memperacahkan bahawa mereka akan membawa permainan Skyward Sword di konsol Switch.

Kenyataan tersebut diumum ketika acara The Legend of Zelda: Concert 2018 yang diadakan minggu lepas di Jepun. Menurut laporan Nintendo Everything, Eiji Aonuma berada di acara tersebut dan menanyakan soalan kepada peminat sama ada mereka berminat untuk melihat The Legend Of Zelda: Skyward Sword di konsol Switch.

Sememangnya soalan yang ditanyakan oleh beliau bukanlah satu pengumuman mahupun kenyataan rasmi oleh Nintendo. Namun, ini merupakan satu perkara yang menarik memandangkan Nintendo sebelum ini telahpun membawa permainan klasik The Legend Of Zelda ke konsol Wii U dan 3DS, termasuklah The Legend Of Zelda: Twilight Princess.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan The Legend Of Zelda: Skyward Sword, ianya merupakan permainan keluaran Nintendo di konsol Wii yang mana ianya menggunakan alat kawalan Motion Plus khas yang dikeluarkan oleh mereka. Melaluinya, ianya antara permainan yang sangat menarik dengan penggunaan kawalan secara pergerakkan dengan alat kawalan Wiimote bersama Motion Plus.

Selain itu, The Legend Of Zelda: Skyward Sword juga merupakan salah satu permainan buat siri tersebut yang menggunakan konsep pengembaraan yang sangat menarik dan pemain berupaya untuk mengembara di atas langit dengan menunggang burung Loftwing.

Bagi peminat siri The Legend Of Zelda diluar sana, adakah anda berminat untuk bermain Skyward Sword di Switch?

Leave a Reply