Julai lepas di acara Anime Expo 2018, Arc System Works mengumumkan permainan Kill la Kill the Game: IF akan dikeluarkan untuk Playstation 4 dan PC. Hari ini, di acara ArcRevo Japan 2018, Nintendo mengumumkan yang permainan tersebut akan turut dikeluarkan untuk Switch.

Kill la Kill the Game: IF merupakan permainan pertempuran berdasarkan siri anime Kill la Kill. Selain itu, Arc System Works juga mengumumkan beberapa watak baharu yang tiba antaranya adalah Ragyo Kiryuin dan Nui Harime.

Buat masa ini mereka masih tidak mengumumkan tarikh pengeluaran akan tetapi dijangkakan akan dikeluarkan pada tahun 2019.

Sohor Kini