Skip to main content

Nintendo sebelum ini mengumumkan beberapa penambahan watak baharu bakal tiba secara percuma buat permainan Mario Tennis Aces iaitu Birdo, Koopa Paratroopa, Shy Guy, dan Petey Piranha. Birdo dan Koopa Paratroopa sudah tiba ke dalam permainan tersebut, manakala Shy dan Petey Piranha akan mula menemui pemain pada 1 Januari 2019.

Bersempena dengan itu, Nintendo memperlihatkan trailer untuk dua watak tersebut.  Melalui trailer tersebut anda boleh melihat Special Shot bagi kedua-dua watak tersebut. Petey Piranha menggunakan  ribut taufan, manakala Shy Guy menggunakan belon.

Bagi anda yang ingin mencuba dua watak tersebut lebih awal, anda boleh melakukannya melalui kejohanan dalam talian bermula 1 Disember 2018 sehingga 1 Januari 2019.

Mario Tennis Aces merupakan permainan tenis buat siri permainan Mario yang mana ia dikeluarkan secara eksklusif buat Nintendo Switch pada 22 Jun lepas.

Leave a Reply