Outcast – Second Contact merupakan permainan aksi pengembaraan dunia terbuka yang dibangunkan oleh Appeal dan diterbitkan oleh Bigben Interactive pada November 2017 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Permainan ini merupakan pengeluaran semula untuk permainan Outcast yang juga dibangunkan oleh Appeal dan dikeluarkan pada tahun 1999.
Buat sementara waktu, Humble menawarkan permainan tersebut secara percuma sehingga 25 November 2018. Mereka menawarkan permainan tersebut secara bebas-DRM yang membolehkan pemain memuat turun pemasang buat permainan tersebut tanpa memerlukan sebarang klien untuk pemasangan.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini secara percuma. Bagi yang terlepas, permainan ini juga dijual dengan harga lebih murah di Steam iaitu RM41.70 berbanding RM139 harga asal.
[download]Humble – Outcast Second Contact[/download]penafian: pautan mungkin mengandungi pautan affiliate.