Informasi Permainan Video Terkini
Syed Saddiq Ingin Malaysia Juga Menjadi Pembangun Permainan Video

Syed Saddiq Ingin Malaysia Juga Menjadi Pembangun Permainan Video

Diterbitkan pada November 23, 2018 oleh .

Selain memfokuskan pembangunan e-sukan dan mensasarkan Malaysia untuk menjadi hab e-sukan di rantau Asia Tenggara, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq juga mengatakan beliau ingin Malaysia turut menjadi pengeksport permainan video.

Beliau mengatakan perkara demikian ketika melawat Thailand E-Sports Arena di Bangkok minggu ini. Beliau turut mengatakan tidak mahu Malaysia sekadar bermain permainan video sahaja tetapi turut mengeluarkan permainan kerana ia dapat membawa pelaburan luar serta pendapatan tambahan ke Malaysia.

Syed Saddiq juga mengatakan Kementerian Belia dan Sukan telah menjalin kerjasama dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha melahirkan lebih ramai anak muda yang berkecimpung dalam industri pembangunan permainan video.

Bagi kami ini adalah satu berita yang baik, selain e-sukan, pembangunan permainan video di Malaysia juga merupakan permata yang menunggu masa untuk digilap.

Kami juga berharap peruntukan RM10 juta yang diberikan kepada MDEC melalui Belanjawan 2019 sebelum ini akan digunakan untuk pembangunan permainan video dan bukan sahaja untuk e-sukan.


TIPS & ULASAN