Skip to main content

Total War Arena merupakan percubaan Creative Assembly untuk membawa permainan strategi perang secara multi-pemain. Dibangunkan dengan kerjasama bersama Wargaming iaitu pembangun untuk World of Tanks, permainan tersebut dikeluarkan secara beta terbuka pada Februari 2018.

Namun, selepas 9 bulan ia dikeluarkan secara beta terbuka, Creative Assembly hari ini mengumumkan yang mereka akan menutup Total War Arena dan pembangunan akan dihentikan pada bulan Februari tahun hadapan.

Mengenai sebab penutupan tersebut, Creative Assembly hanya mengatakan permainan tersebu tidak mencapai jangkaan mereka semasa sesi beta terbuka. Mereka juga mengatakan pasukan yang membangunkan Arena akan terus menjadi sebahagian pembangun untuk siri Total War.

Total War Arena walaupun membawa nama Total War ia tidak mempunyai jumlah pemain yang besar walaupun ditawarkan secara percuma. Mungkin ia adalah sebab utama penutupan ini.

Leave a Reply