Skip to main content

Tidak dapat dinafikan bahawa siri permainan Pokemon adalah sangat terkenal di kalangan pemain global bukan sahaja antara kanak-kanak malah para dewasa.

Nintendo baru-baru ini melancarkan permainan Pokémon: Let’s Go Eevee! dan Let’s Go Pikachu! di konsol Switch yang mana ianya tampaknya mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dimana permainan tersebut telah mencapai hasil jualan sebanyak 3 juta salinan dan ianya merupakan permainan terpantas dijual di konsol Switch.

Sememangnya ini adalah nilai yang sangat tinggi untuk permainan tersebut dimana ianya hanya dilancarkan minggu lepas di Switch dan kini telahpun menjadi permainan terpantas terjual di konsol tersebut mengalahkan The Legend Of Zelda Breath Of The Wild dan juga Super Mario Odyssey.

Walaupun begitu, ianya juga bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan siri permainan Pokemon sememangnya mendapat sambutan yang tinggi. Dengan pelancaran Pokemon: Let’s Go ini juga kami percaya bahawa ianya juga akan memberi lebih banyak pemain terhadap permua Pokemon Go yang mana permainan ini juga mempunyai sistem integrasi bersamanya.

Pokemon: Let’s Go Pikachu! dan Let’s Go Eevee! merupakan permainan seterusnya Pokemon yang mana ia dibangunkan khas di konsol Switch. Ianya dilancarkan secara dua versi dimana pemain akan memilih pilihan Pokemon utama antara Pikachu ataupun Eevee. Permainan tersebut telahpun dilancarkan pada 16 November lepas.

Leave a Reply