Informasi Permainan Video Terkini
Jualan Promosi Musim Luruh Di Steam Kini Bermula Sehingga 27 November 2018
PC

Jualan Promosi Musim Luruh Di Steam Kini Bermula Sehingga 27 November 2018

Diterbitkan pada November 22, 2018 oleh .

Bagi anda yang ternanti-nanti masa yang tepat untuk membeli permainan bagi menambah lagi permainan PC anda, sekarang adalah masanya. Bermula hari ini, Valve menganjurkan jualan promosi musim luruh di Steam.

Harga promosi untuk permainan yang terlibat akan ditawarkan sehingga 27 November ini. Berikut adalah permainan yang bagi kami ditawarkan dengan harga yang sangat menarik.

  • Pillars of Eternity II: Deadfire – RM80 RM52.80
  • DARK SOULS III – RM170 RM42.50
  • Hellblade: Senua’s Sacrifice – RM56 RM28
  • Divinity: Original Sin 2 Definitive_Edition – RM95 RM61.75
  • Frostpunk – RM51 RM34.17
  • DRAGON BALL FighterZ – RM199 RM79.60
  • Monster Hunter: World – RM139 RM91.74
  • Assassin’s Creed Odyssey – RM209 RM140.03
  • Shadow of the Tomb Raider – RM238 RM119
  • Far Cry 5 – RM209 RM104.50

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan dengan harga yang lebih murah.

Steam: Jualan Musim Luruh


TIPS & ULASAN