Kingdom Hearts 3 tampaknya bakal dilancarkan tidak lama lagi iaitu pada Januari 2019 ini. Bersempena dengan tarikh pelancarannya yang semakin hampir, Sony Interactive Entertainment hari ini mengambil peluang untuk mengumumkan sebilangan edisi permainan tersebut yang bakal tiba di pasaran Malaysia.
Antaranya adalah edisi Deluxe buat Kingdom Hearts 3 yang mana ianya menyertakan sebilangan barangan tambahan. Edisi ini akan dijual dengan harga RM349 melalui pengedar rasmi Playstation. Antara barangan yang disediakan adalah seperti:
- Permainan penuh Kingdom Hearts 3
- Buku karya seni
- Bekas besi
- Pin bertemakan Kingdom Hearts
Selain itu, Sony juga mengumumkan edisi biasa permainan tersebut akan dijual dengan harga RM239 untuk edisi fizikal dan RM229 untuk edisi digital. Kesemua versi tersebut sudahpun boleh dipra-tempah melalui pengedar rasmi Playstation ataupun kedai atas-talian Playstation Store. Menariknya, buat mereka yang membuat pra-tempahan tersebut, Sony juga akan menyertakan satu Keyblade khas buat pemain.
Selain itu, Sony juga mengumumkan edisi Kingdom Hearts All-In-One Package yang mana ianya menyertakan Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 ReMix, Kingdom Hearts 2.8 Final Chapter Prologue dan Kingdom Hearts 3. Selain itu buat mereka yang membuat pra-tempah untuk edisi ini, Sony juga akan menyertakan satu tema khas Playstation 4. Edisi ini akan dijual dengan harga RM429 di Playstation Store.
Selain itu, Sony juga mengumumkan Play Everything Lounge oleh Playstation yang mana ianya menyediakan demo permainan Kingdom Hearts 3 bermula esok sehingga 25 November ini.
Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Kami juga telah berkongsi pandang pertama kami buat permainan tersebut ketika acara Playstation Experience SEA 2018 lepas.