Informasi Permainan Video Terkini
Obi-Wan Kenobi Bakal Hadir Buat Permainan Star Wars: Battlefront 2 November Ini
PC

Obi-Wan Kenobi Bakal Hadir Buat Permainan Star Wars: Battlefront 2 November Ini

Diterbitkan pada November 22, 2018 oleh .

Selepas pelbagai kontroversi semasa pengeluaran untuk permainan Star Wars: Battlefront 2 yang kemudiannya memaksa EA untuk mengubah sistem mikro-transaksi permainan tersebut, walaupun bagi kami agak terlambat.

Namun, bagi pemain yang masih bermain, EA hari ini mengumumkan satu berita baik. Watak yang merupakan kegemaran ramai iaitu Obi-Wan Kenobi bakal hadir ke permainan tersebut sebagai watak yang boleh digunakan.

Watak Obi-Wan tersebut adalah berdasarkan watak daripada filem prekuel Star Wars dan bukan sekuel. Di dalam permainan ini beliau adalah watak defensive fighter. Beliau akan hadir bersama dengan kemaskini percuma Battle of Geonosis.

Star Wars: Battlefront 2 telah pun dilancarkan tahun lepas untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN