Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Mengumumkan Cell dan Piccolo Watak Seterusnya Untuk Jump Force
PC

Bandai Namco Mengumumkan Cell dan Piccolo Watak Seterusnya Untuk Jump Force

Diterbitkan pada November 22, 2018 oleh .

Jump Force buat masa ini sudah disahkan akan disertai oleh tiga watak daripada siri Dragon Ball iaitu Goku, Vegeta dan Frieza. Hari ini, Bandai Namco mengumumkan yang Perfect Cell dan Piccolo akan turut disertakan di dalam permainan tersebut.

Dengan hadirnya dua watak baharu tersebut, ia menjadikan Jump Force mempunyai 30 watak setakat ini. Kemungkinan lebih banyak watak akan diumumkan kemudian. Buat masa ini, mereka hanya berkongsi tangkapan skrin dan mungkin trailer akan dikeluarkan kemudian.

Jump Force akan dilancarkan pada 15 Februari 2019 buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN