Informasi Permainan Video Terkini
Super Mario Odyssey Menerima Dua Kostum Baharu Bersempena Krismas

Super Mario Odyssey Menerima Dua Kostum Baharu Bersempena Krismas

Diterbitkan pada November 22, 2018 oleh .

Pemain yang sudah habis bermain kempen utama Super Mario Odyssey akan terus bermain untuk mengumpul coins yang akan digunakan bagi mendapatkan pelbagai kostum.

Bersempena perayaan Krismas bulan depan, Nintendo menyediakan dua kostum baharu buat permainan tersebut. Kostum pertama adalah Santa, topi boleh dibeli dengan 500 coins, manakala kostum penuh 1000 coins.

Selain itu mereka juga menyertakan kostum Mario dalam bentuk 8-bit. Pemain yang ingin mendapatkan kostum ini perlu menukar 9,999 coins. Nampaknya, jika anda inginkan kostum tersebut anda perlu berusaha mencari belon.


TIPS & ULASAN