Civilization VI merupakan permainan strategi yang dibangunkan oleh Firaxis Games dan diterbitkan oleh 2K. Minggu ini, mereka mengumumkan penambahan seterusnya buat permainan tersebut iaitu Gathering Storm akan tiba pada 14 Februari 2018.
Melalui penambahan ini, ia akan memperkenalkan bencana alam ke dalam permainan ini seperti gunung berapi, ribut salji, banjir dan kemarau. Selain itu ia juga akan menambah perubahan iklim. Jika pemain menggunakan teknologi yang tidak mesra alam seperti penjana kuasa yang menggunakan minyak dan arang ia akan mengakibatkan kesan kepada persekitaran.
Selain itu, ia juga akan menyertakan pakatan baharu yang boleh membentuk World Congress dan merupakan “diplomacy victory” yang baharu. Pelbagai teknologi baharu juga disertakan terutama yang memfokuskan teknologi hijau.
8 tamadun baharu juga akan disertakan bersama dengan pelbagai tentera, bangunan dan daerah yang baharu. Senario baharu juga akan disertakan yang berdasarkan pada perang dunia pertama. Penambahan ini akan dikeluarkan untuk PC terlebih dahulu dengan harga RM119.
Civilization VI sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Switch.