Tidak dapat dinafikan bahawa proses pembangunan permainan video bukanlah sesuatu yang ringkas, malah ianya memerlukan sebilangan pasukan pembangun untuk menghasilkan satu permainan video.
The most notable tidbit from last week’s Capcom NHK broadcast is that there were a whopping 800 (eight-hundred) people on #RE2 remake’s development. That includes programmers, photogrammetry models, mo-cap, etc. That’s more than the roughly 600 who worked on RE6. pic.twitter.com/zsmIUvGvLv
— Alex Aniel (@cvxfreak) November 19, 2018
Terkini, melalui laporan NHK di Capcom, laporan tersebut menyatakan bahawa permainan Resident Evil 2 yang bakal tiba awal tahun depan dibangunkan sebanyak 800 staf pembangun keseluruhannya. Staf tersebut termasuklah pengaturcara, juru animasi dan sebagainya.
Nilai tersebut adalah nilai pembangun yang sangat tinggi berbanding permainan Resident Evil 6 yang mana sebelum ini dibangunkan sehingga melebihi 600 staf pembangun. Walaupun begitu, ianya juga tidaklah begitu mengejutkan memandangkan terdapat beberapa syarikat pembangun lain sebelum ini juga pernah membangunkan sesuatu permainan sehingga melebihi satu ribu pembangun.
Akan tetapi, dengan nilai staf tersebut, ianya dapat dilihat bahawa Capcom sendiri menghasilkan sesuatu yang mana mempunyai skop pembangunan yang sangat tinggi untuk produksi permainan video tersebut. Ini juga membuat kami sendiri di Aksiz tidak sabar untuk menyelami permainan tersebut dan kami percaya dengan apa yang dipaparkan oleh Capcom setakat ini, permainan ini bakal menjadi salah satu permainan terbaik untuk tahun 2019 kelak.
Tambahan itu, melalui saluran rasmi Youtube Playstation, Capcom juga mengambil kesempatan untuk berkongsi bentuk permainan Lickers dimana mereka memperlihatkan bagaimana watak Claire bertempur dengan makhluk tersebut.
Resident Evil 2 merupakan permainan yang diolah semula daripada permainan asalnya Resident Evil 2 di Playstation 1 pada 1998 lepas. Ia kini bukan sahaja mempunyai bentuk permainan baru, malah ia mempunyai visual yang dinaik-taraf dan dibangunkan khas oleh Capcom. Permainan ini akan dikeluarkan pada 25 Januari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.
Ketika acara PSX SEA 2018 yang berlangsung Ogos lepas, kami juga berkesempatan untuk mencuba permainan tersebut. Bagi anda ingin mengetahui pendapat kami berkenaan permainan tersebut, anda boleh ke pautan dibawah.