Informasi Permainan Video Terkini
Kostum Berdasarkan Siri Resident Evil Akan Tiba Buat Permainan Street Fighter V
PC

Kostum Berdasarkan Siri Resident Evil Akan Tiba Buat Permainan Street Fighter V

Diterbitkan pada November 21, 2018 oleh .

Jika sebelum ini Street Fighter V menerima kostum untuk perayaan Krismas dan kostum berdasarkan siri permainan Devil May Cry, minggu ini, Capcom mengumumkan kostum berdasarkan siri Resident Evil pula akan tiba buat permainan pertempuran tersebut.

Kostum tersebut adalah untuk watak Cammy yang mendapat kostum berdasarkan Jill Valentine, Kolin yang akan mengayakan kostum Ada daripada Resident Evil 6 dan Urien akan menggunakan kostum Wesker.

Anda boleh mula mendapatkan kostum tersebut bermula 27 November 2018 ini. Jika mengikut seperti sebelum ini, set kostum tersebut akan dijual dengan harga RM35 di Steam dan RM58 di Playstation Store.

Street Fighter V merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Capcom buat konsol Playstation 4 dan PC. Pada 16 Januari lepas, Capcom melancarkan permainan Street Fighter V: Arcade Edition yang menyertakan sebilangan kemaskini baru bersama pas musim pertama dan kedua bagi permainan tersebut.


TIPS & ULASAN