Filem Aquaman adalah filem kisah salah seorang dari adiwira Justice League. Filem ini menempatkan dalam dunia DCEU yang sama dengan Batman vs Superman, Justice League, Suicide Squad dan Wonder Woman. Hari ini, Warner Bros, mempertontonkan video acah terakhir buat filem ini.
Dalam video acah terakhir ini, ia memperlihatkan adegan Aquaman bersama ibu bapa beliau, adegan latihan berenang bersama Nuidis Vulko yang dilakonkan oleh Willian Dafoe dan juga turut terlihat adalah watak Ocean Master yang dilakonkan oleh Patrick Wilson yang terkenal dalam filem seram Insidious dan Conjouring.
https://twitter.com/creepypuppet/status/1064663903806775297
Sedar atau tidak, sebenarnya sudah banyak video acah Aquaman dipertontonkan di arena web. Ia membuatkan peminat tertanya-tanya jika James Wan selaku pengarah filem ini telah mempertontonkan banyak adegan dalam filem ini dan bukankah banyak video acah bersamaan dengan beberan buat filem ini? James Wan menidakkan teori ini.
Aquaman akan hadir ke pawagan pada 21 Disember ini. Jadi sama-sama kita nantikan.