Sebelum ini kami berkongsi yang mana Ubisoft akan melancarkan permua khas berdasarkan siri Assassin’s Creed iaitu Assassin’s Creed Rebellion.

Terkini, permua tersebut akhirnya boleh dimuat-turun secara percuma khas di peranti Android dan juga iOS.

Menurut Ubisoft, Assassin’s Creed Rebellion merupakan permua yang memfokuskan bentuk permainan strategi yang mana pemain akan membangunkan ‘Brotherhood‘ pemain sendiri dengan pelbagai watak Assassin terkenal seperti Ezio dan Aguilar.

Selain itu, pemain juga perlu mengurus Assassin tersebut seperti membina pangkalan sendiri, menghasilkan kelengkapan senjata dan mengumpul barangan untuk menghasilkan ubat-ubatan.

Sememangnya permainan ini merupakan permainan percuma, namun ianya juga mempunyai sebilangan mikro-transaksi yang pemain boleh beli untuk mendapatkan pelbagai kandungan tambahan.

Ubisoft juga menyatakan bahawa mereka akan melancarkan sebilangan acara di dalam permainan tersebut yang mana pemain juga boleh dapatkan pelbagai barangan tambahan melaluinya.

Bagi anda yang berminat, jangan lepaskan peluang anda untuk mengurus Brotherhood Assassin anda sendiri dan muat-turunnya dibawah melalui telefon pintar anda.

Android: Assassin’s Creed Rebellion

iOS: Assassin’s Creed Rebellion

Sohor Kini