Setakat ini Pillars of Etnernity II: Deadfire iaitu permainan RPG oleh Obsidian Entertainment telah menerima dua DLC berbayar iaitu Beast of the Winter dan Seeker – Slayer – Survivor. Minggu ini mereka mengumumkan yang DLC berbayar ketiga dan terakhir The Forgotten Sanctum akan dikeluarkan pada 13 Disember 2018.
Melalui DLC ini pemain akan mengembara selepas diperintah oleh Archmages ke dungeon yang terbina ke badang ‘tuhan’ yang sedang tidur dan akan menyertakan pelbagai cabaran yang harus di atasi oleh pemain.
DLC ini dijual dengan harga RM18.98 secara berasingan ataupun dengan membeli pas semusim pada harga RM47.48 yang menyertakan ketiga-tiga DLC di atas. Pillars of Eternity 2: Deadfire sudah dikeluarkan untuk PC pada 8 Mei 2018