Spyro Reignited Trilogy merupakan permainan pernambah-baikkan bagi siri Spyro. Permainan ini akan menyertakan 3 siri permainan Spyro pertama iaitu Spyro the DragonSpyro 2: Ripto’s Rage! dan Spyro: Year of the Dragon.

Permainan tersebut sudah dikeluarkan pada 13 November 2018 lepas, walaupun secara keseluruhan permainan tersebut menerima ulasan yang baik namun ia dikritik kerana tidak menyertakan sebarang sari kata semasa adegan.

Perkara ini mungkin adalah remeh untuk pemain biasa, namun bagi pemain yang mempunyai masalah pendengaran ia adalah sesuatu yang amat penting.

Menjawab kritikan tersebut, Activision mengatakan walaupun tiada piawai industri untuk sari kata akan tetapi mereka sangat mementingkan kebolehcapaian untuk pemain yang mempunyai kelainan upaya dan akan menilai perkara tersebut dari semasa ke semasa.

Jawapan Activision tersebut juga menerima kritikan daripada pelbagai pihak. antaranya adalah Rami Ismail iaitu pembangun permainan video mengatakan piawaian industri untuk sari kata bagi permainan yang mempunyai bajet besar adalah “menyertakannya sebagai pilihan”.

Menyediakan sari kata dalam permainan adalah bukan sesuatu yang sukar akan tetapi ia masih mengambil masa serta pelbagai proses pembangunan. Namun, untuk permainan yang dikeluarkan oleh penerbit sebesar Activision, ia seharusnya tidak dijadikan sebagai alasan.

Sohor Kini