Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Berkongsi Video Khas Gambaran Keseluruhan Buat Super Smash Bros. Ultimate

Nintendo Berkongsi Video Khas Gambaran Keseluruhan Buat Super Smash Bros. Ultimate

Diterbitkan pada November 21, 2018 oleh .

Super Smash Bros. Ultimate merupakan permainan seterusnya buat siri tersebut oleh Nintendo yang mana ianya adalah permainan perlawanan yang memfokuskan pelbagai jenis watak dari permainan Nintendo dan francais permainan lain.

Dengan pelancarannya yang semakin hampir pada Disember ini, Nintendo hari ini berkongsi satu video khas yang mempertontonkan gambaran keseluruhan buat permainan tersebut dimana mereka berkongsi sebilangan kandungan, bentuk permainan dan juga pelbagai lagi isi permainan yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Antara yang dikongsikan adalah bentuk permainan Spirit yang dilaporkan oleh kami sebelum ini. Selain itu, Nintendo juga memperlihatkan bentuk pengembaraan iaitu World Of Light yang mana ianya adalah penceritaan utama yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Super Smash Bros. Ultimate merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Nintendo secara khas di konsol Switch. Ia merupakan satu permainan yang menjadi ikutan ramai dengan bentuk permainannya yang menarik dan senarai watak-watak dari pelbagai francais termasuklah permainan dari pengeluar permainan lain. Permainan tersebut akan dilancarkan pada 7 Disember 2018 ini.


TIPS & ULASAN