Skip to main content

Capcom minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kostum perayaan Krismas ke permainan Street Fighter V pada 27 November ini.

Kali ini, empat lagi watak di dalam permainan tersebut yang mana bakal mendapat kostum bertemakan Krismas iaitu Blanka, Sakura, Cody dan Falke.

Menurut Capcom, setiap kostum tersebut akan dilancarkan secara berasingan dengan harga $3.99(~RM17) setiap satu. Bagi anda ynag berminat, ianya bakal tiba pada 27 November ini khas di konsol Playstation 4 dan PC melalui Steam.

Street Fighter V merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Capcom buat konsol Playstation 4 dan PC. Pada Januari lepas, Capcom melancarkan permainan Street Fighter V: Arcade Edition yang menyertakan sebilangan kemaskini baru bersama pas musim pertama dan kedua bagi permainan tersebut.

Leave a Reply