Setelah sekian lama permainan Kingdom Hearts 3 diumumkan, hari ini Tetsuya Nomura, pengarah permainan tersebut mengumumkan bahawa pembangunan permainan tersebut kini sudah selesai.

Bersempena dengan pengumuman tersebut, Square-Enix juga mempertontonkan trailer terbaru buat permainan tersebut dimana anda boleh menontonnya dibawah.

Berdasarkan trailer yang dipertontonkan, Square-Enix memperlihatkan sebilangan dunia-dunia daripada filem Disney yang bakal tiba buat permainan tersebut seperti dunia Rapunzel, Big Hero 6 dan Pirate Of Caribbean.

Selain itu, Square-Enix juga sebelum ini melancarkan Kingdom Hearts: The Story So Far yang mana ianya mempunyai kesemua permainan Kingdom Hearts sebelum ini.

Kingdom Hearts 3 bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox pada 29 Januari 2019 ini. Kami juga telah berkongsi pandang pertama kami buat permainan tersebut ketika acara Playstation Experience SEA 2018 lepas.

Sohor Kini