Bagi pemain yang baru sahaja mencuba permainan MOBA oleh Riot Games iaitu League of Legends (LoL), Ashe merupakan antara watak ataupun champion yang digalakkan untuk dijadikan sebagai permulaan. Oleh disebabkan itu, sudah semestinya watak tersebut popular di kalangan pemain LoL.
Marvel dan Riot Games minggu ini mengumumkan yang mereka bakal menerbitkan grafik novel berdasarkan kisah silam watak tersebut. Grafik Novel itu dirancang untuk dikeluarkan pada Mei 2019. Ia juga akan dikeluarkan secara siri komik digital bermula 19 Disember 2018.
Penulis untuk Riot Games iaitu Odin Austin Shafer bertanggungjawab untuk menulis bagi grafik novel ini manakala Niva Vakueva yang melukis siri komik Heavy Vinyl akan menjadi pelukis utama dan dialog akan dilakukan oleh Cadinal Rae.
Menurut ketuat pembangunan kreatif untuk Riot Games Greg Street, mereka menyukai medium komik kerana ia dapat memberi peluang kepada pemain untuk mengalami dunia Runeterra dan bukan sahaja membaca mengenainya.
Beliau juga mengatakan dunia League of Legends dan Marvel mempunyai banyak persamaan oleh kerana itu mereka sangat teruja dapat bekerjasama bersama mereka untuk projek ini.
Walaupun kami bukanlah pemain tegar LoL akan tetapi selepas demam K/DA, kami sudah semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk mengetahui lanjut mengenai dunia permainan ini.