Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini 6.2.0 Buat Sistem Operasi Nintendo Switch Kini Boleh Dimuat-Turun

Kemaskini 6.2.0 Buat Sistem Operasi Nintendo Switch Kini Boleh Dimuat-Turun

Diterbitkan pada November 20, 2018 oleh .

Nintendo hari ini mengumumkan bahawa mereka telahpun melancarkan kemaskini terbaru buat sistem operasi Nintendo Switch iaitu kemaskini 6.2.0.

Bagi anda yang ingin memuat-turunnya, Nintendo Switch akan memuat-turunnya secara automatik jika ianya berada di atas-talian. Namun jika ianya tidak dimuat-turun secara automatik, anda boleh memuat-turunnya sendiri dengan ke menu Setting > System > System Update untuk memuat-turunnya.

Dari segi kandungan kemaskini tersebut, Nintendo hanya menyatakan bahawa ianya hanya kemaskini untuk membaiki, menstabilkan dan meningkatkan penggunaan pengguna sahaja.

Bagi anda yang mempunyai Nintendo Switch, jangan lupa untuk memuat-turun kemaskini ini untuk memastikan keadaan konsol hibrid anda berada dalam keadaan optimum.


TIPS & ULASAN