Lanjutan berkenaan pembangunan permainan The Walking Dead: The Final Season yang diambil alih oleh Skybound Games sebelum ini, kini mereka akhirnya mengumumkan bahawa proses pembangunan baki dua episod buat permainan tersebut kini sedang mula dibangunkan.

Menurut mereka, proses mengambil alih tersebut mengambil masa yang lama kerana mereka perlu mengurus isu-isu logistik bersama-sama dengan isu undang-undang berkenaan untuk mendapatkan hak intelek permainan tersebut.

Ini juga menyebabkan tarikh pelancaran bagi episod ketiga dan keempat buat permainan tersebut akan ditunda. Namun, pihak Skybound Games juga masih belum berkongsi sebarang tarikh pelancarannya.

Tambahan itu, mereka juga mengumumkan bahawa pasukan-pasukan asal pembangun yang bertanggungjawab buat permainan The Walking Dead: The Final Season di Telltale Games sebelum ini juga kembali untuk terus membangun baki episod buat permainan tersebut.

Ini sememangnya merupakan melegakan terutamanya buat mereka yang telahpun membeli permainan tersebut secara bersama dengan pas musim dimana Skybound Games juga mengumumkan bahawa bagi mereka yang berbuat demikian, mereka tidak perlu untuk membelinya sekali lagi malah episod-episod akan datang akan terus boleh dimuat-turun setelah ianya dilancarkan kelak.

Buat mereka yang ingin mengetahui pengakhiran cerita Clementine, tampaknya anda tidak lagi perlu khuatir kerana ianya kini disahkan akan dilancarkan hasil usaha Skybound Games bersama-sama pembangun asal permainan tersebut.

Sohor Kini