Informasi Permainan Video Terkini
Super Robot Wars T Diumumkan – Bakal Tiba Di Pasaran Malaysia Pada Tahun Hadapan

Super Robot Wars T Diumumkan – Bakal Tiba Di Pasaran Malaysia Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada November 20, 2018 oleh .

Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali siri seterusnya buat Super Robot Wars iaitu Super Robot Wars T ke konsol Playstation 4 dan Nintendo Switch menjelang tahun hadapan.

Menariknya, menurut mereka permainan tersebut akan tiba di pasaran Malaysia dan bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi satu video acah khas yang memperlihat robot-robot baru dari pelbagai siri anime akan tiba bersamanya.

Berikut merupakan senarai siri robot daripada anime yang bakal kembali ke permainan Super Robot Wars T :

  • Invincible Robo Tryder G7
  • Aura Battler Dunbine    
  • New Story of Aura Battler Dunbine     
  • Mobile Suit Zeta Gundam
  • Mobile Suit Gundam ZZ
  • Mobile Suit Gundam: Char’s Counterattack
  • Mobile Suit Crossbone Gundam
  • Mobile Fighter G Gundam
  • Armored Trooper VOTOMS
  • Armored Trooper VOTOMS Big Battle
  • The Brave Express Mightgaine
  • The King of Braves GaoGaiGar
  • Gunbuster
  •  Martian Successor Nadesico: The Motion Picture – Prince of Darkness
  •  Getter Robo Armageddon
  •  Mazinger Z: Infinity
  •  Gun Sword

Selain itu, Bandai Namco juga menyatakan bahawa mereka akan membawa robot mecha daripada siri Mobile Suit Gundam: Char’s Counterattack Beltorchika’s Children, Mobile Suit Crossbone Gundam: Skull Heart, Mobile Suit Crossbone Gundam: The Steel Seven dan Armored Trooper VOTOMS The Last Red Shoulder.

Tambahan juga, Bandai Namco kali ini juga mengumumkan siri robot baru yang bakal tiba buat pertama kalinya di dalam permainan Super Robot Wars T iaitu:

  • Cowboy Bebop
  • Arcadia of My Youth: Endless Orbit SSX
  • Magic Knight Rayearth
  • Expelled from Paradise

Bagi anda yang baru dengan siri Super Robot War, ianya merupakan permainan strategi mengikut turutan yang mana ia terkenal dengan pelbagai jenis robot yang direntas bersama-sama di dalam satu permainan. Terdapat pelbagai siri Super Robot War yang dilancarkan sebelum dimana antara adalah Super Robot War X yang baru sahaja dilancarkan April lepas.

Terkini, dengan membawa permainan Super Robot Wars T, Bandai Namco menyatakan bahawa mereka bukan sahaja menghasilkan penceritaannya khas secara tersendiri, malah Bandai Namco juga menaik-tarafkan sebilangan bentuk permainan bersama-sama dengan visual grafik.

Bersempena dengan pengumuman ini juga, penerbit Super Robot Wars T iaitu Nobuyuki Terada dan Syohei Mogami juga memuat-naik satu video khas yang mana mereka mengucapkan terima kasih buat peminat yang sentiasa memberi sokongan buat siri permainan tersebut dimana kini mereka berupaya untuk melancarkannya secara global.

Sememangnya ini merupakan satu pengumuman yang sangat menarik buat mereka yang meminati siri Super Robot Wars. Seperti biasa, kami akan berkongsi sebarang pengumuman oleh Bandai Namco setelah mereka umumkan kelak.

 


TIPS & ULASAN